ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 87. Perlantikan pegawai masjid.

(1) Majlis hendaklah, dengan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, melantik mana-mana orang yang difikirkan layak menjadi pegawai masjid bagi mana-mana masjid.

(2) Dalam ketiadaan Imam Tua, sama ada kerana mati, bercuti, uzur atau sebagainya, maka bolehlah dilantik Imam Muda atau mana-mana orang lain bagi memangku jawatan Imam Tua.

(3) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah menerima tauliah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.