ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 162. Rayuan selepas tamat tempoh dan kecacatan prosedur.

Mahkamah Rayuan Syariah boleh, mengikut budibicaranya, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang mungkin dihalang daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana prosedur atau keperluan Enakmen ini, membenarkan rayuan atas apa-apa terma dan dengan apa-apa arahan sebagaimana ia boleh menimbangkan perlu supaya keadilan sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu, dan boleh untuk tujuan tersebut memanjangkan apa-apa tempoh masa yang dinyatakan di dalam seksyen 157 atau 159.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.