ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 28. Perwakilan kewajipan dan kuasa Majlis.

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Penunaian kewajipan-kewajipan dan penjalanakan kuasa-kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya perwakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut perwakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.