ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 103. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf.

Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu ialah muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, persoalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 96.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.