ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Fasal 87. Cara memberikan keterangan.

(1) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.

(2) (a) Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak.

(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.