ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II - MAHKAMAH JENAYAH



Seksyen 9. Orang awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu.

Tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya atau kemungkinan mana-mana orang lain melakukan sebarang kesalahan hendaklah dengan segeranya memberitahu maklumat itu kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang berdekatan mengenai perkara yang berlaku atau mungkin berlaku itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.