ENAKMEN 19 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Fasal 139. Penghantaran rekod rayuan.

Apabila perayu telah mematuhi seksyen 138, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada perayu atau Peguam Syarienya suatu salinan bertandatangan bagi rekod prosiding dan alasan keputusan bersama dengan suatu salinan notis dan petisyen rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.