Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN X



Seksyen 52. Pengesahan Hukuman Sebelum Pelaksanaan.

Tiap-tiap hukuman yang mengenakan hukuman hudud dan tiap-tiap hukuman bunuh yang dikenakan sebagai hukuman qisas atau hukuman takzir di bawah Enakmen ini hendaklah dirujukkan oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas yang menjatuhkan hukuman itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk mendapat pengesahan, dan hukuman yang dijatuhkan itu tidak boleh dilaksanakan sebelum pengesahan itu diperolehi.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.