ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 76. Beban membuktikan nyataan yang dikehendaki supaya keterangan boleh diterima.

Beban membuktikan sesuatu nyataan yang perlu dibuktikan membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan lain adalah terletak pada orang yang hendak memberi keterangan itu.
MISALAN

(a) A hendak membuktikan suatu akuan yang dibuat oleh B semasa B menghadapi marad al-maut.

A mestilah membuktikan kematian B.

(
b) A hendak membuktikan dengan jalan keterangan sekunder tentang kandungan suatu dokumen yang telah hilang.

A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.