ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 23. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit semua mesyuarat Majlis, dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu hendaklah disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang mungkin dikehendaki.

(2) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Majlis dalam mana-mana hal tertentu, minit hendaklah dalam bentuk ringkasan dan hendaklah mengandungi hanya keputusan-keputusan dan perkara-perkara mustahak.

(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan minit hendaklah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri dan dihantar kepada semua ahli Majlis.

(4) Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan seberapa kerap yang mana tidak lebih dari tiga bulan kalendar berselang antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.