ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 9. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar'ie Negeri, melantik dari kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiap-tiap pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Orang yang, sebelum sahaja Enakmen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah Enakmen dimansuhkan dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.