ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 72. Tempoh hadhanah.

(1) Hak seorang hadhinah bagi menjaga seorang anak tamat setelah anak itu mencapai umur tujuh tahun, jika anak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika anak itu perempuan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan seorang hadhanah membenarkan ia menjaga anak itu sehingga anak itu mencapai umur sembilan tahun, jika anak itu lelaki dan umur sebelas tahun jika anak itu perempuan.

(2) Selepas umur tersebut dalam seksyen-kecil (1) hadhanah turun kepada bapa, dan jika anak itu lelaki mencapai umur mumaiyiz, anak itu berhak memilih untuk tinggal dengan ibu atau bapanya melainkan jika Mahkamah memutuskan selainnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.