ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989


Mukadimah


BETA BERSETUJU,



HAJI AHMAD SHAH,
Sultan Pahang
(MOHOR KERAJAAN)
15hb April 1989
Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam.

[ ]
BAHAWASANYA Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa undang-undang Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam;

DAN BAHAWASANYA adalah sekarang dikehendaki supaya diperbuat suatu undang-undang untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad-iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam antara orang-orang yang menganuti agama Islam;

OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Pahang seperti berikut:




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.