ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 43. Tempat dan masa.

Penyampaian boleh disempurnakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam. Penyampaian selepas 4.00 petang hendaklah disifatkan sebagai disempurnakan pada hari berikutnya. Penyampaian yang telah disempurnakan selepas tengah hari pada hari sebelum atau pada bila-bila masa cuti minggu, atau pada mana-mana cuti umum, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari selepas cuti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.