ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 45. Menyubahati kesalahan dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang.

Sesiapa menyubahati sesuatu kesalahan selain daripada kesalahan hudud dan qisas dilakukan oleh orang awam amnya, atau oleh sebilangan atau kumpulan orang seramai lebih daripada sepuluh orang, hendaklah diseksa sebagai taz'ir dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN

A. tampalkan pada suatu tempat awam sekeping pelekat, menghasut suatu mazhab yang mengandungi lebih daripada sepuluh orang ahli supaya bertemu pada suatu waktu dan tempat yang tertentu bagi maksud hendak menyerang ahli-ahli suatu mazhab yang berlawanan manakala mereka mengadakan suatu perarakan. A. telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.