ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 34. Mengajar, menjalankan sesuatu istiadat yang bertentangan dengan Hukum syarak.

(1) Barang siapa mengajar atau menghuraikan kepada sesiapa, atau mengedar di mana-mana tempat, suatu ajaran, atau menjalankan sesuatu istiadat atau perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak yang diamalkan di Negeri Perlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-apa suratan atau rakaman suara atau mana-mana rakaman lain yang mengandungi ajaran yang menjadi perkara kesalahan di bawah sub-seksyen (1), dimusnahkan atau dilupuskan dengan cara lain yang Mahkamah fikirkan patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.