ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Mana-mana orang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.