ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 18. Memeriksa orang untuk mendapatkan nama dan alamat.

Tiap-tiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang, oleh kerana mabuk, sakit, sakit otak ataupun masih kanak-kanak, tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, boleh diperiksa untuk tujuan menentukan nama dan tempat kediamannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.