ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 193. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin

Jika, oleh sebab kesilapan, fraud atau selainnya, penjamin-penjamin yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika mereka kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia diikat jamin boleh mengeluarkan suatu waran tangkap yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapan Mahkamah itu, dan boleh mengarahkan supaya dia mencari penjamin yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Mahkamah boleh memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.