ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA
Seksyen 45. Bidangkuasa Mahkamah Ulangbicara.
Mahkamah Ulangbicara itu, hendaklah mempunyai bidangkuasa seperti berikut-
(a) Dalam perkara jenayah ia boleh mendengar rayuan atas perintah pembebasan, hukuman dapati salah atau hukuman penjara atau denda yang tidak kurang dari lima puluh ringgit.
(b) Dalam perkara Mal ia boleh mendengar rayuan oleh-
(i) mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan hukuman, arahan, perintah atau keputusan atas kes tuntutan yang tidak kurang harga tuntutannya dari seratus ringgit;
(ii) mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan mengenai taraf dirinya;
(iii) mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan mengenai nafkah orang-orang tanggungannya.
(c) Rayuan tidak boleh dibuat dalam kes mal di atas hukuman, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kadi atau Mahkamah Kadi Besar dengan persetujuan semua pihak.
(d) Dalam mana-mana kes mal yang lain, rayuan boleh dibuat jika dengan mendapat izin dari Mahkamah Ulangbicara.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.