ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya adalah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.