ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Jabatan" ertinya Jabatan Agama Islam Melaka;

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga" ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-Raja yang akan dikenali sebagai " Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Pengarah" ertinya Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka;

"Pihak Berkuasa Negeri" ertinya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka;

"Nazir Sekolah Agama" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17 Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-Timbalan Pendaftar;

"Sekolah Agama" ertinya mana-mana Sekolah Agama di dalam Negeri atau di mana-mana tempat, yang termasuklah, madrasah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, di mana lima belas orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.