Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN III



Seksyen 9. Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf.

(1) Seseorang yang menuduh dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti (nyata) yang dikehendak oleh Syarak berkaitan dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong tuduhannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarat tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.