ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 204. Penjualan harta mudah musnah, dsb.

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam suatu kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma (jika ada) sebagaimana yang boleh dinyatakan dalam perintah itu mengenai mana-mana harta alih yang menjadi hal-perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa persoalan berbangkit dalamnya dan yang adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mungkin merosot jika disimpan atau oleh kerana apa-apa sebab lain adalah wajar dijualkan dengan serta merta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.