ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN III - PEMBATALAN WASIAT.



Seksyen 14. Orang yang membunuh pewasiat tidak berhak kepada wasiat.

Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya seseorang benefisiari dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah atau pesubahat atau sebagai seorang saksi palsu yang keterangannya menyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah dilakukan tanpa hak atau keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal dan telah mencapai umur matang menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.