ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 83. Kesan perintah tahanan pendapatan-tenaga.

(1) Apabila suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga dibuat, segala prosiding lain bagi menguatkuasakan perintah nafkah yang berkaitan yang bermula sebelum perintah tahanan pendapatan-tenaga itu dibuat hendaklah digantung.

(2) Mahkamah yang membuat perintah tahanan pendapatan-tenaga boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan pihak kena tuntut atau seseorang yang berhak menerima pembayaran-pembayaran di bawah perintah nafkah yang berkaitan, membuat suatu perintah melepaskan atau mengubah perintah tahanan pendapatan-tenaga itu.

(3) Suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga hendaklah terhenti berkuat kuasa-

dan jika suatu perintah tahanan pendapatan-tenaga terhenti berkuat kuasa seperti yang tersebut di atas, Mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberi notis kehentian itu kepada orang yang terhadapnya perintah itu telah diarahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.