ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 90. Penjagaan masjid dan kawasan.

(1) Majlis hendaklah mempastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Pahang dijaga dalam keadaan baik dan kawasannya dijaga dalam keadaan bersih, dan Majlis boleh mengadakan dan menggunakan, atau membenarkan supaya diadakan dan digunakan, kumpulan wang khusus bagi maksud memperbaiki atau menyenggara, atau boleh membayar belanja pembaikan dan penyenggaraan itu daripada kumpulan wang itu.

(2) Imam hendaklah memberitahu Majlis dengan segera apabila berlaku keadaan yang memerlukan pembaikan segera terhadap masjid di bawah jagaannya dan hendaklah memeriksa dan mengawasi pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(3) Tiada ubahsuaian kepada bentuk masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah menjaga masjid di bawah tanggungjawabnya supaya berada dalam keadaan baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.