ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 91. Seorang yang dituduh atas suatu kesalahan boleh disabitkan kerana cuba melakukannya.

Jika orang yang dituduh telah dipertuduhkan dengan sesuatu kesalahan dan didapati daripada keterangan bahawa dia telah cuba melakukan kesalahan, dia boleh disabitkan dengan kesalahan percubaan melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan percubaan itu tidak diperuntukan secara berasingan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.