ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 171. Di mana orang yang terikat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia.

Apabila dibuktikan sehingga Kadi berpuashati bahawa mana-mana saksi yang terikat atau yang akan terikat untuk memberi keterangan di dalam pembicaraan mana-mana kesalahan berniat untuk meninggalkan Malaysia dan bahawa kehendak keadilan akan terjejas jika orang itu tidak hadir di dalam pembicaraan untuk memberi keterangan, Kadi boleh, di atas permohonan Pendakwa atau orang yang dituduh dan selepas peruntukan dibuat untuk pembiayaannya dan untuk memberi pampasan di atas penahanannya dan masanya yang terbuang, menghukum orang itu supaya ditahan di penjara sivil sehingga pembicaraan atau sehingga dia boleh memberi jaminan yang memuaskan bahawa dia akan memberi keterangan di dalam pembicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.