ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 109. Menentukan sama ada orang yang tidak didaftarkan seorang Islam.

Jika apa-apa soal timbul dalam Negeri Pahang sama ada seseorang yang tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau yang tidak didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang sesuatu negeri sebagai seorang yang baru memeluk agama Islam, soal itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah menurut Hukum Syarak.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.