ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 8 - DARIHAL KETAKTERATURAN PROSIDING



Seksyen 205. Prosiding di tempat yang salah, dsb.

Tiada dapatan, hukuman atau perintah mana-mana Mahkamah boleh diketepikan semata-mata atas alasan bahawa perbicaraan atau prosiding lain yang dalam perjalanannya dapatan, hukuman atau perintah itu telah dicapai, dijatuhkan atau dibuat, telah dijalankan di dalam kawasan tempatan yang salah atau di hadapan Mahkamah yang salah, melainkan jika ternyata bahawa kesilapan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.