ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 21. Cuti.


(1) Pengerusi hendaklah, jika dia menjangka tidak akan berada di Melaka selama lebih daripada sembilan puluh hari, memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Agong yang akan memberi apa-apa arahan sebagaimana baginda fikirkan patut.

(2) Ahli-ahli yang lain dan Setiausaha hendaklah memohon cuti daripada Pengerusi:

Dengan syarat bahawa seksyen ini hendaklah tidak terpakai kepada ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (c), (d), (e) dan (f) subseksen (1) seksyen 5.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.