ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN



Seksyen 117. Ketidakhadiran pihak-pihak.

(1) Jika pada hari perbicaraan-

(2) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam mana-mana kes tersebut memerintahkan penangguhan.

(3) Mana-mana penghakiman atau perintah yang diberi atau dibuat semasa suatu pihak tidak hadir boleh, atas permohonannya dan jika sebab yang patut berkenaan ketiadahadirannya diberi, diketepikan dan prosiding itu boleh dibicarakan semula atas syarat-syarat berkenaan kos atau sebaliknya seperti yang difikirkan patut oleh mahkamah. Notis permohonan hendaklah diberi kepada pihak lawan.

(4) Jika terdapat lebih dari satu plaintif atau defendan dan seorang sahaja hadir, Mahkamah boleh membicarakan tindakan itu terhadap pihak yang hadir.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.