ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 22. Melepaskan orang yang telah ditangkap.

Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Enakmen ini kecuali dengan bon diri atau jaminan dengan perintah secara bertulis oleh Hakim atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau seorang Pegawai Polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.