ENAKMEN 18 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Fasal 91. Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

(1) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak yang memanggilnya adalah disebut pemeriksaan utamanya.

(2) Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang adalah disebut pemeriksaan balasnya.

(3) Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan semulanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.