ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 45. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(3) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.