ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA
Seksyen 17. Perlantikan Nazir-nazir Sekolah.
Majlis boleh melantik beberapa orang Nazir Sekolah Agama sebagaimana yang perlu, yang tugas-tugasnya hendaklah termasuk-
(
a
)
untuk menjalankan dari semasa ke semasa pemeriksaan ke atas Sekolah-sekolah Agama tentang pengajaran kurikulum yang dibenarkan, penggunaan buku-buku teks, guru-guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan-arahan Pendaftar;
(
b
)
untuk menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Agama berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(
c
)
untuk memeriksa akaun-akaun Sekolah Agama; dan
(
d
)
untuk melaporkan apa-apa perkara luar aturan dan untuk membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.