ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 63. Tauliah Pegawai Masjid

(1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 62(5), hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.

(2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan dalam tauliah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.