ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VIII - PENGAJARAN AGAMA DAN DAKWAH



Seksyen 91. Pengawalan pengajaran agama dan dakwah.

(1) Majlis hendaklah bertanggungjawab mengawal dan menyelia pengajaran dan pembelajaran agama di mana-mana sekolah atau tempat di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Majlis hendaklah juga memajukan dan mengawal semua kegiatan dakwah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.