ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 160. Penghakiman.

(1) Di penghujung pembicaraan rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah, sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya pada suatu tarikh yang ditetapkan untuk tujuan itu yang diberitahu melalui notis kepada pihak-pihak berkenaan, memberikan penghakiman di Mahkamah terbuka.

(2) Di dalam rayuan dan perkara jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberi hanya satu penghakiman sahaja yang diberikan oleh Pengerusi atau mana-mana Hakim Mahkamah Syariah yang diarahkan oleh Pengerusi:

Dengan syarat bahawa keputusan yang berasingan hendaklah diberikan jika Pengerusi menentukan sedemikian.

(3) Keputusan mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang tidak hadir boleh dibacakan oleh Hakim yang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.