ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 84. Kecualian.

Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat yang ia tidak berlawanan dengan, atau digantikan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.