ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 246. Jawatankuasa Kaedah-kaedah.
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada-
(a)
Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
seorang wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang;
(c)
seorang wakil Penasihat Undang-Undang Negeri;
(d)
seorang wakil Peguam Syarie; dan
(e)
dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie;
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(
e)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.