ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 76. Menolak aduan

(1) Hakim yang di hadapannya suatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika, selepas memeriksa pengadu itu dan merekodkan pemeriksaanya dan menimbangkan hasil siasatan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 75, pada hematnya tiada alasan yang mencukupi untuk meneruskan tindakan.

(2) Hakim yang menolak aduan itu hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.