ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 67. Mungkir tunangan.

(1) Sesiapa, lelaki atau perempuan, mungkir tunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diperintahkan oleh mahkamah membayar atau mengganti apa-apa jumlah sebagaimana ditaksirkan oleh Mahkamah, dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ratus ringgit.

(2) Sesiapa bersubahat melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ratus ringgit.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.