ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 77. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah terma mana-mana perjanjian berhubungan dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan untuk kebajikan anak itu untuk berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.