ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 179. Tangkapan oleh Mahkamah lain.

Mahkamah boleh meminta mana-mana Mahkamah yang sama bidangkuasanya untuk menguatkuasakan mana-mana tangkapan yang diperintahkan oleh Mahkamah yang meminta itu. Mana-mana orang yang ditangkap sedemikian hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah yang meminta dan, tertakluk kepada apa-apa bayaran atau cagaran, Mahkamah hendaklah mengambil tindakan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.