ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XVI - AFIDAVIT



Seksyen 112. Pemeriksaan balas.

(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan kebenaran fakta yang terdapat di dalam afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis hasratnya untuk menyoal balas orang yang membuat afidavit dan seterusnya jika orang itu tidak dikemukakan untuk pemeriksaan-balas, Mahkamah hendaklah, melainkan dalam hal keadaan khas, menolak atau mengetepikan afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh atas usulnya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana orang yang membuat afidavit dan, jika dia gagal hadir, Mahkamah boleh menolak atau mengetepikan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.