ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 13. Mempengerusikan mesyuarat.


(1) Pengerusi atau jika ketiadaannya, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika kedua-duanya iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada ahli Majlis mempengerusikan mesyuarat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.