ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Fasal 95. Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah

(1) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, dengan tertakluk kepada mana-mana wakaf, nazr atau amanah dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(2) Semua hujah-hujah, wasiat dan harta yang diwakafkan hendaklah didaftarkan di dalam daftar yang diselenggara oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.