ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Kenyataan Oleh Orang Yang Tidak Boleh Dipanggil Sebagai Saksi



Seksyen 21. Ketakrelevenan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya tentang kebenaran fakta yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberikan oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, adalah qarinah bagi maksud membuktikan, dalam prosiding kehakiman kemudiannya atau pada suatu peringkat yang terkemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak upaya dihalang memberi keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah, tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa-
Huraian - Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.